Apa itu Stevia?

Stevia adalah sejenis tumbuhan yang daunnya amat manis dan ditemui sekitar 1500 tahun lampau di Paraguay dan Brazil. Daun stevia amat manis sehingga kadar 30 kali ganda dari gula biasa.

Apa itu STEEVYA?

STEEVYA adalah pemanis bukan gula yang tidak mengandungi sebarang kalori, karbohidrat dan bukan ‘glycemic’. STEEVYA juga dihasilkan dengan bahan bukan GMO dan mempunyai status pengganti gula yang HALAL.

Apakah bahan asas di dalam STEEVYA?

STEEVYA dirumus khas dari daun Stevia asli dengan ditambah Vitamin C. STEEVYA mengandungi sedikit kandungan pengawet untuk memastikan ia tahan lebih lama.

Adakah STEEVYA boleh digunakan setiap hari?

Ya, STEEVYA boleh digunakan setiap hari sebagai pengganti gula. Steevya juga selamat digunakan dalam makanan dan minuman.

Adakah STEEVYA mengandungi bahan kimia berbahaya?

Tidak sama sekali. STEEVYA disahkan bebas dari bahan kimia berbahaya dan menggunakan bahan yang HALAL serta selamat digunakan.

Adakah STEEVYA telah melalui proses pensijilan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

STEEVYA bukanlah ubat dan terkandung dalam kategori penambah perisa makanan dan minuman. Produk STEEVYA berasaskan daun stevia asli dan ekstrak Vitamin C yang mana kedua-dua bahan ini telahpun mendapat pengiktirafan dunia sebagai bahan yang selamat digunakan. STEEVYA juga telah melalui proses ujian makmal dan nombor sijil kelulusan telah dicatatkan pada kotak produk. STEEVYA juga telah disahkan selamat untuk digunakan oleh KKM. Kini STEEVYA sedang dalam proses menunggu sijil KKM dikeluarkan.

Adakah STEEVYA Halal?

Semua bahan di dalam STEEVYA telah disahkan HALAL oleh Islamic Food Research Center (IFRC) dan sedang dalam proses mendapatkan status Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Adakah STEEVYA sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis?

Ya, STEEVYA sesuai dan selamat digunakan oleh pesakit kencing manis. Walaubagaimanapun, pesakit harus mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil STEEVYA.

Adakah STEEVYA sesuai untuk kanak-kanak?

STEEVYA selamat digunakan untuk semua lapisan umur termasuk kanak-kanak di atas umur 4 tahun. Kanak-kanak di bawah usia 4 tahun tidak digalakkan mengambil STEEVYA kerana tahap kemanisannya yang amat tinggi. Pengambilan STEEVYA untuk kanak-kanak harus dipantau oleh ibu bapa.

Adakah STEEVYA sesuai digunakan oleh ibu mengandung atau wanita dalam pantang

STEEVYA sesuai digunakan oleh ibu mengandung dan wanita dalam pantang kerana bahan-bahan di dalam STEEVYA tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan terhadap kandungan mereka waima pola pantang mereka.

Adakah STEEVYA sesuai digunakan untuk diet harian?

STEEVYA merupakan pemanis ganti gula yang mengandungi Vitamin C dan tidak mempunyai sebarang kalori dan lemak. STEEVYA amat sesuai untuk diet harian anda kerana ia tetap membekalkan tenaga yang tinggi seperti pemanis lain.

Adakah STEEVYA berisiko terhadap sebarang tindak balas negatif?

STEEVYA tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya. STEEVYA telah diformulasikan dengan bahan semulajadi yang disahkan selamat. Sekiranya terdapat masalah kesihatan semasa pengambilan STEEVYA, sila berhenti menggunakan STEEVYA dan dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.

Berapakah jumlah titisan yang perlu untuk secawan minuman?

STEEVYA diformulasikan dengan tahap kemanisan yang tinggi. 3 atau 4 titis STEEVYA bersamaan dengan satu sudu kecil gula. Secawan minuman hanya memerlukan 3 atau 4 titis STEEVYA sahaja.

Adakah STEEVYA boleh digunakan dalam masakan?

Seperti gula biasa, STEEVYA juga boleh memaniskan masakan.

Adakah STEEVYA boleh digunakan dalam minuman berkrim?

STEEVYA sesuai digunakan untuk semua jenis makanan dan minuman.

Berapakah tahap kelarutan STEEVYA?

Tahap kelarutan STEEVYA amat pantas. Anda hanya perlu titiskan dalam air dan ia akan melarut dengan pantas tanpa perlu dikacau air tersebut.

Adakah STEEVYA boleh menurunkan kadar kencing manis?

STEEVYA bukanlah ubat. Akan tetapi, STEEVYA dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah kerana kandungannya yang tidak mengandungi sebarang kalori dan lemak.

Mengapakah STEEVYA ada sedikit rasa pahit dan masam dihujungnya?

Stevia asli memang mengandungi sedikit rasa pahit kerana tahap kemanisannya adalah 300 kali ganda gula biasa. Kerana itu STEEVYA mempunyai sedikit rasa pahit. Manakala Vitamin C sememangnya bersifat masam dan kerana STEEVYA turut mengandungi Vitamin C, terdapat sedikit rasa masam dihujungnya.

Adakah STEEVYA boleh digunakan untuk mengubat luka?

STEEVYA merupakan pemanis untuk makanan dan minuman. STEEVYA bukanlah ubat luka. Akan tetapi, pengambilan STEEVYA boleh membantu membina semula sel-sel kulit luka agar cepat pulih kerana kandungan Vitamin C di dalamnya menjana pertumbuhan sel baharu.

Adakah STEEVYA boleh merosakkan gigi?

STEEVYA tidak merosakkan gigi malah membantu memulihkan penglihatan mata yang kabur akibat pengambilan gula berlebihan.

Adakah STEEVYA akan menukar warna makanan?

Tidak, STEEVYA tidak akan menukar warna makanan atau minuman anda. STEEVYA akan larut dan mengikut warna asal makanan dan minuman anda.

Bolehkah STEEVYA diminum begitu sahaja?

Tidak, STEEVYA tidak boleh diminum begitu sahaja kerana tahap kemanisannya yang amat tinggi. STEEVYA seharusnya digunakan sebagai pemanis ganti gula di dalam makanan atau minuman.

Mahal tak STEEVYA ni?

Jenama STEEVYA adalah produk berasaskan stevia yang pertama di Malaysia yang mempunyai isi kandungan sebanyak 50ml dengan harga serendah RM 34.90 sahaja. Harga ini amat berpatutan dengan kuantiti dan kualiti serta khasiatnya